Wednesday 24 July 2013

Rumput

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai "Kasih Sayang".

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu, pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Bila dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai pun rumput ditangannya. Cikgu pun bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih.

Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput paling cantik. Tapi dah cikgu kata tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang kita sayangi, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik²nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi



 

When My Hands Meet Keyboard

No comments:

Post a Comment