Thursday 11 July 2013

Perbezaan Antara Teman, Kawan dan Sahabat


T E M A N
Selalu mendampingi kita tatkala kesenangan datang menghampiri kita. Boleh dibawa berbincang ketika kita dilanda sesuatu atau masalah. Mampu membuat kita ketawa tetapi tidak mampu untuk berkongsi ketika sedih. Suka meminta dan berkongsi tetapi lari meninggalkan kita apabila kita kosong dan tiada apa mampu untuk diberi kepadanya. Berkongsi kejayaan ketika kita di hadapan tetapi menusuk duri apabila berada di belakang.

K A W A N
Hanya sekadar untuk sementara waktu dan ketika diperlukan hadir umpama embun dan hilang setelah terbitnya mentari. Sekadar untuk melepaskan tekanan dan bergembira.

S A H A B A T

Boleh dikatakan dimana ada kita di situ ada dia, "ibarat bulan dan bintang selalu bersama". Tidak kira walau apa jua, tidak menikam dan tidak pula mengejek dikala kita kesusahan. Setia dan selalu menyokong diri kita. Tidak pernah menyalah anggap dan selalu mentafsir yang baik-baik sahaja.

# Walaupun kita mempunyai berjuta kawan sekalipun, masih tidak mampu untuk menandingi erti seorang sahabat. Kerana dia ibarat cahaya yang selalu ada untuk meneman dan menyuluh jalan kita yang selalu dalam gelap.


* C/P dari website ..
 

When My Hands Meet Keyboard

No comments:

Post a Comment