Saturday 27 July 2013

Perasaan Si Tunggul Kayu

Aku dah puas menangis demi KAWAN, sumpah nang lelah :') Aek mata yang keluar kedak sekda nilai jak, aek paip pun ada nilai.. Sekda orang pake aek paip free oii ~ Mungkin aku bodo dalam semua hal tapi aku sik bodo dalam memilih kawan.. Aku ngakuk dolok aku nang bodo bab² berkawan tok tapi d usia 17 tahun tok aku dah pande beza nak ne kawan nak ne lawan.. Kenak aku ambik masa yang lamak untuk paham apa erti KAWAN & SAHABAT dan perbezaan antara duak ya ~ Kenyataan yang aku dikpun susah nak terimak, "AKU SEKDA SAHABAT".. Yaa, susah nak cayak tapi ya kenyataan kehidupan aku kinek tok.. Oleh kerana aku tok selalu gilak kenak palat, aku susah nak berkawan tapi aku sik memilih orang untuk d jadikan kawan.. Aku d perlukan bila orang perlu dan bila aku sik d perlukan, aku d tandah kedak manusia yang sekda perasaan ~ Aku lebih memilih untuk diam bila d polah cm ya walaupun aku kecik hati.. Sekpa, kita bermasa :) sekda guna aku nak manas, yang sakit kelak aku bukan orang lain.. aku coba jaga perasaan orang walaupun kadang² aku gagal tapi orang sikit pun sik pernah coba jaga perasaan aku.. Aku tok ada kawan ka? Mun aku dah sekda kelak, ada sik orang gago carik aku? Ada sik orang sedih atau menangis untuk aku? Aku tauk aku sik layak berkawan sebab aku belom jadi seorang sahabat yang baik untuk kawan² aku.. Aku mintak maaf mun aku sikpat jadi kedak apa yang kawan² aku maok :') Aku hamba Allah; yang banyak kelemahan daripada keistimewaan, yang banyak dosa daripada pahala.. Maaf; aku sik sempurna, aku bukan seorang sahabat yang baik :')

• Berkawan biarlah seperti Spongebob dan Patrick yang setia dan saling memerlukan antara satu sama lain.
• Berkawan biarlah seperti Spongebob dan Gary yang saling menyayangi.
• Berkawan biarlah seperti Puan Puff yang setia mengajar Spongebob yang sering gagal dalam ujian memandu.
• Berkawan biarlah seperti Sandy yang boleh mempertahankan diri kita dengan kebolehan berkaratenya itu.

T A P I

• Berkawan tidak perlulah seperti Encik Krab yang hanya mementingkan diri dan wangnya sahaja.
• Berkawan tidak perlulah seperti Squidward yang sombong dan angkuh dengan diri sendiri.
• Berkawan tidak perlulah seperti Plankton yang sering berniat buruk terhadap orang lain untuk kepentingan diri sendiri tanpa berusaha.

# i wish i had friends like Spongebob, Patrick, Gary, Mrs.Puff and Sandy ~ i know hard to find someone like them but i hope the story of my friendship like Spongebob Squarepants story even though i know it's just a fairy tale :')




"Thanks to those who hated me, you made me stronger.. Thanks to those who loved me, you made my heart go fonder.. Thanks to those who cared, you made me feel important.. Thanks to those who entered into my life, you made who i am today.. Thanks to those who left, you showed me that nothing lasts forever.. Thanks to those who stayed, you showed me true friendship.. Thanks to those who listened, you made me like i was worth it"

| αyyυз zαmяι |  
  

When My Hands Meet Keyboard

Wednesday 24 July 2013

Rumput

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai "Kasih Sayang".

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu, pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Bila dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai pun rumput ditangannya. Cikgu pun bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih.

Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput paling cantik. Tapi dah cikgu kata tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang kita sayangi, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik²nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi



 

When My Hands Meet Keyboard

Thursday 11 July 2013

Perbezaan Antara Teman, Kawan dan Sahabat


T E M A N
Selalu mendampingi kita tatkala kesenangan datang menghampiri kita. Boleh dibawa berbincang ketika kita dilanda sesuatu atau masalah. Mampu membuat kita ketawa tetapi tidak mampu untuk berkongsi ketika sedih. Suka meminta dan berkongsi tetapi lari meninggalkan kita apabila kita kosong dan tiada apa mampu untuk diberi kepadanya. Berkongsi kejayaan ketika kita di hadapan tetapi menusuk duri apabila berada di belakang.

K A W A N
Hanya sekadar untuk sementara waktu dan ketika diperlukan hadir umpama embun dan hilang setelah terbitnya mentari. Sekadar untuk melepaskan tekanan dan bergembira.

S A H A B A T

Boleh dikatakan dimana ada kita di situ ada dia, "ibarat bulan dan bintang selalu bersama". Tidak kira walau apa jua, tidak menikam dan tidak pula mengejek dikala kita kesusahan. Setia dan selalu menyokong diri kita. Tidak pernah menyalah anggap dan selalu mentafsir yang baik-baik sahaja.

# Walaupun kita mempunyai berjuta kawan sekalipun, masih tidak mampu untuk menandingi erti seorang sahabat. Kerana dia ibarat cahaya yang selalu ada untuk meneman dan menyuluh jalan kita yang selalu dalam gelap.


* C/P dari website ..
 

When My Hands Meet Keyboard